Rabu, 19 Ogos 2009

Mempersiapkan diri menghayati Ramadan

Mempersiapkan diri menghayati Ramadan
Oleh Nik Salida Suhaila


RAMADAN yang ditunggu-tunggu seluruh umat Islam bakal menjelma hujung minggu ini. Ada yang rindukan sahurnya, buka puasa, malah ada yang teringat akan malamnya yang kudus. Tarawih dan solat malam sudah tentu akan diisi maksimum mungkin dan diselangi tadarrus. Ramai juga yang mengambil peluang mengerjakan umrah dan bersedekah, kerana semuanya ingin menghambakan diri, menjadi hamba-Nya yang tulus. Permulaannya rahmat, pertengahannya pengampunan dan penghujungnya terlepas dari api neraka.

Inilah yang ingin dikejar sesiapa saja yang inginkan penghabisan usia yang baik. Yang bersalah memohon maaf, yang sombong menghulur senyum, yang jahat mula bertaubat, yang malas menyinsing lengan, yang takbur kembali sujud memohon keampunan, memohon pelepasan dari dosa yang terhimpun sekian lama. Indahnya Ramadan, paginya hening untuk yang insaf, siangnya pendek untuk yang sabar dan malamnya panjang untuk yang bertaubat. Selain menahan diri dari lapar dan dahaga, berpuasa juga menjaga diri dari melakukan perbuatan maksiat. Yang halal dilakukan pada bulan yang lainnya menjadi haram pada bulan puasa, seperti makan pada siang hari dan melakukan persetubuhan antara suami isteri. Kerana itulah orang berpuasa dengan sebenar-benarnya adalah orang yang luar biasa.

Di dalam surah Al-Baqarah ayat 183, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertakwa.” Orang berpuasa ialah orang yang bertakwa. Mereka menjaga hati dari berasa sangsi terhadap kekuasaan Allah dan kebaikan saudara seagama. Mereka juga menjaga mata dari memandang sesuatu yang tidak selayaknya, menjaga hidung dari menghidu sesuatu yang mengurangkan pahala, menjaga telinga dari halwa yang membuai rasa dan suara yang membawa berita bohong, menjaga lidah dari membicarakan hal yang tidak berfaedah, mengumpat, mencaci, menipu dan memfitnah serta menjaga tubuh badan lainnya yang menjadikan kita leka dari mengingati Yang Maha Berkuasa.

Orang meninggalkan puasa tanpa izin syarie tidak akan dapat menggantikan hari berkenaan pada mana-mana hari pun di dunia, Rasulullah SAW menegaskan hal ini dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam at-Tarmizi yang maksudnya: “Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa berbuka satu hari pada Ramadan tanpa ada ruksah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa ditinggalkan itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup”.


Pada bulan mulia, ibu bapa wajar mengambil peluang meluangkan masa yang berganda bersama anak dan mendidik mereka mematuhi hukum agama. Selain puasa, rukun Islam lainnya wajar ditazkirahkan semula dan diamalkan bersama mereka supaya hati mereka dekat dengan Yang Maha Pencipta. Anak bukan saja perlu difahamkan dengan apa yang terakam di dalam kitab suci, tetapi juga amalan yang ditunjukkan ibu bapa, yang menjadi pendakwah paling hampir dengan mereka.

Tunjuk ajar yang betul pada peringkat awal usia anak untuk menghadapi Ramadan tentunya menjadi batu asas yang kuat untuk mereka beristiqamah dengan fahaman puasa yang sebenarnya, iaitu bukan hanya berlapar dan dahaga, apatah lagi membazir sewaktu berbuka tetapi menjadi hamba yang insaf terhadap hari muka. Sudah tentu setiap isteri pula menantikan tunjuk ajar suami dalam meningkatkan ibadah kepada Allah SWT. Walaupun menyediakan juadah bersahur dan berbuka besar dan banyak pahalanya, ia tidak cukup puas jika tidak berjemaah sewaktu qiyamullail, apatah lagi apabila tibanya lailatul qadar yang hanya bertandang sekali. Justeru, setiap suami harus mengambil kesempatan dari saat ini untuk menyiapkan diri membimbing anak dan isteri menghadapi Ramadan kali ini agar lebih baik dari sebelumnya.

(20Ogos2009)

Isnin, 10 Ogos 2009

Pera fdghjhjh

Tambah Video
hhyjyjjukiiki

Jumaat, 7 Ogos 2009

Makluman

Assalamualaikum,

Kepada semua pengunjung, sila ke laman baru saya di Blog e-Pendidikan Islam www.ependidikanislam.blogspot.com

Di laman baru, lebih banyak bahan-bahan yang telah disediakan.Utz MuhammadSMT Seberang Perai Pulau Pinang

Sekolah Kluster

Sekolah Kluster
LATAR BELAKANGPenubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.DEFINISISekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.TUJUANSekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia.PELAKSANAANTerdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster. Jawatankuasa tersebut ialah:-
Jawatankuasa Pemilihan Sekolah - dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Panel Penasihat - dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad
Jawatankuasa Pelaksana – dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Jabatan Sekolah)Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan stakeholder seperti PIBG, Alumi, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 19-20 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.KRITERIA PEMILIHAN SEKOLAH KLUSTERPemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:
Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.
Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.
Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).
Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta
Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG)Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:Prasyarat Pertama
Pengukuran Standard Sekolah:
Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)Prasyarat Kedua
Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah)
Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:
SBP : GPS 2.5 dan ke bawah
SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah
SMT : GPS 4.0 dan ke bawah
SM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah
Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah):
Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau
Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau
GPS UPSR : 2 dan ke bawahSyarat PemilihanKecemerlangan murid dalam aspek:
Akademik
Kokurikulum
Sahsiah
Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.
Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.
Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.
Keberkesanan pelaksanaan program KPM
Sekolah berwatakSekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:
Langkah 1: Penerimaan pencalonan
Langkah 2: Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex
Langkah 3: Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster
Langkah 4: Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional
Langkah 5: Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat
Langkah 6: Pengumuman oleh YB Menteri PelajaranPENGURUSAN SEKOLAH KLUSTERPemimpin sekolah kluster ialah:
Pengetua/Guru Besar (DG52/DGA 36)
Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang
Jawatan: school-based postGuru-guru sekolah kluster pula:
Memenuhi kriteria Guru Cemerlang
Prestasi mereka akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di Sekolah Kluster.
Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut niche areas sekolah dalam bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan
Nisbah kelas: guru ialah 1:2Kaedah pemilihan pelajar sekolah kluster:
Kluster SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada
Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah
Ujian saringan sekolahAkauntabiliti Pemimpin Sekolah berpandukan:
Key Performance Indicator (KPI)
Pengurusan sumber manusia dan fizikal
Sumber kewangan
Pembangunan profesionalisme staf
Program kurikulum dan kokurikulum berkesan
Lulusan sekolah berkualiti: pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah.
TOR Sekolah KlusterAutonomi Sekolah:Jenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah berbentuk:
Umum (untuk semua sekolah)
Khusus (mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah, pengajiannya dan niche areas).Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan kepada:
Pematuhan piawai yang berikut:
Akta Pendidikan 1996
Sistem Pendidikan Kebangsaan
Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Garis Panduan dan Surat-surat Siaran
SKPMSenarai Bidang Autonomi:
Pengurusan Sekolah
Pengurusan Sumber Manusia
Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal
Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum
Pengurusan dan Pelaksanaan KokurikulumJaminan kualiti:Bagi memastikan sekolah kluster sentiasa mempertingkatkan standard kualiti, jaminan kualiti di sekolah kluster akan menggunakan mekanisme kawalan luaran dan kawalan dalaman.Peranan Agensi LainSekolah Kluster akan memperluas peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG, Lembaga Pengelola, Alumni dan NGO dalam aspek:
Biasiswa
Kewangan/Dana
Program Kecemerlangan Akademik
Program Kecemerlangan Kokurikulum
Program KerjayaIMPAK SEKOLAH KLUSTERSekolah kluster akan memberi impak yang positif kepada pendidikan negara dari segi:
Program Kecemerlangan Kokurikulum
Program Kerjaya
Pelajar sekolah cemerlang secara keseluruhan (holistic) dalam sistem: 5.8% daripada 5.2 juta pelajar
Lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar negara
Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan sekolah kluster
Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan
Sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf antarabangsa (3.1% daripada 9663 sekolah)
Model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara
Pemimpin berkualiti (3.1% daripada 9663 sekolah) dan guru yang cemerlang (6.9% daripada 350,000 guru)
Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia

Pra Sekolah

Pengenalan
MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAHPendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik,
Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,
Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,
Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,
Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,
Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,
Mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik,
Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya. KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAHMerupakan pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang menitik beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Di samping menekankan aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bekerjasama, sifat hormat-menghormati dan berdisplin bagi menyediakan mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang lebih formal di sekolah rendah.VISI"Pengurusan Pengurusan Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia"MISIMembangunkan Sistem Pengurusan Pendidikan yang Bertaraf Dunia bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara.LATAR BELAKANG PROGRAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA18 DISEMBER 1991Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan KPM melaksanakan Program Prasekolah.Sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah telah dibuka termasuk 26 buah di Maktab Perguruan.AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550)Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan6 JUN 2001Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju KPM melaksanakan Peluasan Program PrasekolahBILANGAN KELAS PRASEKOLAHSehingga 31 Januari 2007 sebanyak 5852 buah kelas telah dibuka di bawah KPM.MAKLUMAT GURU PRASEKOLAHGuru-guru prasekolah di bawah KPM adalah terdiri daripada;1. Guru Lepasan Diploma2. Guru Siswazah
BIL.
Negeri
Kelas
1
PERLIS
63
2
KEDAH
458
3
P. PINANG
205
4
PERAK
624
5
SELANGOR
495
6
W.P K. LUMPUR
100
7
NEGERI SEMBILAN
227
8
MELAKA
163
9
JOHOR
684
10
PAHANG
518
11
TERENGGANU
355
12
KELANTAN
475
13
SARAWAK
833
14
SABAH
621
15
W.P. LABUAN
19
16
PUTRAJAYA
12
17
JUMLAH
5852*Termasuk di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas dan Institut Perguruan.MAKLUMAT TAMBAHAN MENGENAI PROGRAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH1. 27 buah kelas prasekolah terdapat di Institut Perguruan.2. 28 buah kelas prasekolah di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas.3. 93 buah kelas prasekolah Program Integrasi Pendidikan Khas.4. Seorang Pembantu Pengurusan Murid (N17) ditempatkan di kelas prasekolah bagi membantu guru prasekolah.MAKLUMAT MURID PRASEKOLAH KPM(Seperti pada 31 Januari 2007)BILANGAN MURID MENGIKUT NEGERI
BIL.
NEGERI
MURID
1
PERLIS
1280
2
KEDAH
9297
3
P. PINANG
4162
4
PERAK
12667
5
SELANGOR
10049
6
W.P K. LUMPUR
2030
7
NEGERI SEMBILAN
4608
8
MELAKA
3309
9
JOHOR
13886
10
PAHANG
10512
11
TERENGGANU
7207
12
KELANTAN
9643
13
SARAWAK
16873
14
SABAH
12542
15
W.P. LABUAN
386
16
PUTRAJAYA
234
JUMLAH
118686*Tidak termasuk di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas dan Institut Perguruan.TALIAN UNTUK DIHUBUNGI DI BAHAGIAN SEKOLAHUnit Pengurusan PrasekolahSektor Pengurusan Sekolah RendahBahagian SekolahKementerian Pelajaran Malaysia03-8884956603-8884958603-88849370FAKS : 03-88849553

IPGM

IPGM
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) ialah institusi latihan keguruan di bawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia dan dikawal selia oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG). BPG menentukan dasar manakala IPG akan melaksanakan latihan keguruan pra dan dalam perkhidmatan di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah atau apa-apa kelayakan lain yang ditetapkan. Pengaugerahan akan dilakukan oleh BPG.Tujuan utama penubuhan IPGM ialah untuk memartabatkan profesion keguruan dengan melahirkan guru-guru berkualiti, mahir, bertanggungjawab dan bangga menjadi pendidik serta mencapai sasaran semua guru berijazah di Sekolah Menengah dan 50% di sekolah rendah menjelang 2010.

Guru Cemerlang

Guru Cemerlang
“Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan konsep Guru CemerlangPengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan. Jawatan-jawatan yang dinyatakan tadi merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam bidang perguruan. Kenaikan pangkat dalam bidang perguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah. Secara tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar dan berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat. Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah.Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang
Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.
Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.
Meningkatkan motivasi guru.
Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang.
Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.
Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP).

Makluman

Assalamualaikum,Kepada semua pengunjung, sila ke laman baru saya di
Blog e-Pendidikan Islam
www.ependidikanislam.blogspot.com
Di laman baru, lebih banyak bahan-bahan yang telah disediakan.Utz MuhammadSMT Seberang Perai Pulau Pinang