Pengenalan
MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAHPendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik,
Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,
Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,
Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,
Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,
Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,
Mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik,
Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya. KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAHMerupakan pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang menitik beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Di samping menekankan aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bekerjasama, sifat hormat-menghormati dan berdisplin bagi menyediakan mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang lebih formal di sekolah rendah.VISI"Pengurusan Pengurusan Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia"MISIMembangunkan Sistem Pengurusan Pendidikan yang Bertaraf Dunia bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara.LATAR BELAKANG PROGRAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA18 DISEMBER 1991Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan KPM melaksanakan Program Prasekolah.Sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah telah dibuka termasuk 26 buah di Maktab Perguruan.AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550)Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan6 JUN 2001Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju KPM melaksanakan Peluasan Program PrasekolahBILANGAN KELAS PRASEKOLAHSehingga 31 Januari 2007 sebanyak 5852 buah kelas telah dibuka di bawah KPM.MAKLUMAT GURU PRASEKOLAHGuru-guru prasekolah di bawah KPM adalah terdiri daripada;1. Guru Lepasan Diploma2. Guru Siswazah
BIL.
Negeri
Kelas
1
PERLIS
63
2
KEDAH
458
3
P. PINANG
205
4
PERAK
624
5
SELANGOR
495
6
W.P K. LUMPUR
100
7
NEGERI SEMBILAN
227
8
MELAKA
163
9
JOHOR
684
10
PAHANG
518
11
TERENGGANU
355
12
KELANTAN
475
13
SARAWAK
833
14
SABAH
621
15
W.P. LABUAN
19
16
PUTRAJAYA
12
17
JUMLAH
5852*Termasuk di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas dan Institut Perguruan.MAKLUMAT TAMBAHAN MENGENAI PROGRAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH1. 27 buah kelas prasekolah terdapat di Institut Perguruan.2. 28 buah kelas prasekolah di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas.3. 93 buah kelas prasekolah Program Integrasi Pendidikan Khas.4. Seorang Pembantu Pengurusan Murid (N17) ditempatkan di kelas prasekolah bagi membantu guru prasekolah.MAKLUMAT MURID PRASEKOLAH KPM(Seperti pada 31 Januari 2007)BILANGAN MURID MENGIKUT NEGERI
BIL.
NEGERI
MURID
1
PERLIS
1280
2
KEDAH
9297
3
P. PINANG
4162
4
PERAK
12667
5
SELANGOR
10049
6
W.P K. LUMPUR
2030
7
NEGERI SEMBILAN
4608
8
MELAKA
3309
9
JOHOR
13886
10
PAHANG
10512
11
TERENGGANU
7207
12
KELANTAN
9643
13
SARAWAK
16873
14
SABAH
12542
15
W.P. LABUAN
386
16
PUTRAJAYA
234
JUMLAH
118686*Tidak termasuk di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas dan Institut Perguruan.TALIAN UNTUK DIHUBUNGI DI BAHAGIAN SEKOLAHUnit Pengurusan PrasekolahSektor Pengurusan Sekolah RendahBahagian SekolahKementerian Pelajaran Malaysia03-8884956603-8884958603-88849370FAKS : 03-88849553
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan